Bimbingan dan Kaunseling
Apa itu kaunseling?
Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.
Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.
kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.
5 comments:
Selamat datang kepada semua....
Betapa susahnya jika menjadi seorang guru kaunselor.Jadi,para pelajar dan masyarakat harus menghormati guru-guru kaunselor kerana mereka memikul tanggungjawab yang amat besar.
tugas sebagai kaunselor ini bukan senang seperti yang dijangka.Jadi, setiap kaunselor harus dhargai...
Melalui nasihat yang diterima daripada kaunselor, generasi yang positif dapat dilahirkan, demi masa hadapan negara.
Ye betul kata semua... setiap insan mempunyai kelebihan yang tersendiri. untuk mencungkil bakat yang terpendam sila jumpa kaunselor di sekolah atau di tempat kerja kamu.
Post a Comment